Memilih rangkaian mudah alih
Peranti anda menyokong penggunaan dua rangkaian berlainan pada masa yang sama.
Anda boleh memilih daripada gabungan mod rangkaian berikut apabila dua kad SIM
dimasukkan ke dalam peranti anda:
•
Satu rangkaian WCDMA
•
Satu rangkaian GSM
•
Satu rangkaian WCDMA dan GSM
•
Satu rangkaian LTE, WCDMA dan GSM
Untuk setiap kad SIM, anda boleh menetapkan peranti anda untuk bertukar secara
automatik antara rangkaian mudah alih bergantung pada rangkaian mudah alih yang
tersedia di tempat anda berada. Peranti anda bertukar secara automatik antara
rangkaian mudah alih bergantung pada rangkaian mudah alih yang tersedia di tempat
anda berada. Anda juga boleh menetapkan peranti anda secara manual untuk
menggunakan mod rangkaian mudah alih tertentu untuk setiap kad SIM, sebagai contoh,
WCDMA atau GSM.
Ikon status berlainan dipaparkan dalam bar status bergantung pada jenis dan mod
rangkaian yang disambungkan. Rujuk
Ikon status
pada halaman 32 untuk melihat sejauh
berbezanya ikon status.
Untuk memilih mod rangkaian
1
Dari
Skrin utama anda, ketik .
2
Cari dan ketik
Tetapan > Lagi > Rangkaian mudah alih.
3
Ketik
Jenis rangkaian pilihan, kemudian pilih mod rangkaian.
Untuk memilih rangkaian lain secara manual
1
Dari
Skrin utama anda, ketik .
2
Cari dan ketik
Tetapan > Lagi > Rangkaian mudah alih.
3
Ketik
Pengendali rangkaian.
4
Ketik
Mod cari, kemudian pilih Manual.
5
Pilih rangkaian.
Jika anda memilih rangkaian secara manual, peranti anda tidak akan mencari rangkaian lain,
walaupun sekiranya anda keluar daripada liputan rangkaian pilihan yang dibuat secara manual
itu.
Untuk mengaktifkan pemilihan rangkaian automatik
1
Dari
Skrin utama anda, ketik .
2
Cari dan ketik
Tetapan > Lagi > Rangkaian mudah alih.
3
Ketik
Pengendali rangkaian.
4
Ketik
Mod cari, kemudian pilih Automatik.