
Memaparkan fail pada peranti lain menggunakan Cast
Anda boleh menolak kandungan media dari peranti anda ke peranti lain yang
bersambung ke rangkaian Wi-Fi yang sama. Peranti penerimaan mestilah dapat
berfungsi sebagai peranti Digital Media Renderer (DMR) dan memainkan kandungan
yang diterima dari peranti anda. TV atau PC yang menjalankan Windows® 7 atau lebih
tinggi ialah contoh peranti DMR.
Untuk memaparkan foto atau video pada peranti klien menggunakan Cast
1
Pastikan anda sudah menyediakan peranti klien DMR dengan betul dan ia
disambungkan ke rangkaian Wi-Fi yang sama seperti peranti anda.
2
Dari
Skrin utama anda, ketik .
3
Cari dan ketik
Album .
4
Semak imbas dan buka foto atau video yang anda mahu lihat.
5
Leret ke bawah bar status dengan dua jari, kemudian ketik dan pilih peranti
yang anda ingin kongsikan kandungan.
6
Untuk berhenti berkongsi foto atau video dengan peranti klien, ketik dan
kemudian, pilih
Berhenti menghantar.
Anda juga boleh melihat peranti Google Cast ditunjukkan pada senarai apabila mengetik
.
116
Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.

Untuk memainkan runut muzik pada peranti klien menggunakan Cast
1
Pastikan anda sudah menyediakan peranti klien DMR dengan betul dan ia
disambungkan ke rangkaian Wi-Fi yang sama seperti peranti anda.
2
Dari
Skrin utama anda, ketik , kemudian cari dan ketik .
3
Pilih kategori muzik dan semak imbas ke runut yang anda mahu kongsi, kemudian
ketik runut itu.
4
Ketik dan pilih peranti klien untuk berkongsi kandungan anda. Runut mula
dimainkan pada peranti yang anda pilih.
5
Untuk memutuskan sambungan daripada peranti klien, ketik dan kemudian,
pilih
Berhenti menghantar.
Anda juga boleh melihat peranti Google Cast ditunjukkan pada senarai apabila mengetik
.