Sony Xperia XA1 Dual SIM - Mengapakah saya memerlukan akaun Google™‎?

background image

Mengapakah saya memerlukan akaun Google™?

Peranti Xperia™ anda daripada Sony dijalankan pada platform Android™ yang

dibangunkan oleh Google™. Pelbagai aplikasi dan perkhidmatan Google™ tersedia

pada peranti anda apabila anda membelinya, contohnya, aplikasi Gmail™, Google

Maps™, YouTube™ dan Play Store™, yang menyediakan akses kepada kedai dalam

talian Google Play™ untuk memuat turun aplikasi Android™. Untuk mendapatkan

manfaat sepenuhnya daripada perkhidmatan ini, anda memerlukan akaun Google™.

Sebagai contoh, akaun Google™ membolehkan anda untuk melakukan semua perkara

berikut:

Memuat turun dan memasang aplikasi daripada Google Play™.

Selaraskan e-mel, kenalan dan kalendar anda menggunakan Gmail™.

Sembang dengan rakan menggunakan aplikasi Duo™.

Segerakkan sejarah semak imbas dan penanda halaman anda dengan menggunakan

penyemak imbas web Google Chrome™.

Mengenal pasti diri anda sebagai pengguna yang sah selepas pembaikan perisian

menggunakan Xperia™ Companion.

Mencari, mengunci atau mengosongkan peranti yang hilang atau dicuri secara kawalan

jauh menggunakan my Xperia™ atau perkhidmatan Pengurus Peranti Android™.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Android™ dan Google™, pergi ke

http://support.google.com

.

Ia sangat penting anda mengingati nama pengguna dan kata laluan akaun Google™ anda.

Dalam beberapa situasi, anda mungkin perlu memperkenalkan diri anda di atas sebab-sebab

keselamatan menggunakan akaun Google™ anda. Jika anda gagal memberikan nama

pengguna dan kata laluan akaun Google™ anda di dalam situasi ini, peranti anda akan dikunci.

9

Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.

background image

Selain itu, jika anda mempunyai lebih daripada satu akaun Google™, pastikan anda

memasukkan butiran yang berkenaan untuk akaun tersebut.

Untuk menyediakan akaun Google™ pada peranti anda

1

Dari

Skrin utama anda, ketik .

2

Cari dan ketik

Tetapan > Akaun & penyegerakan > Tambah akaun > Google.

3

Ikut wizard pendaftaran untuk mencipta akaun Google™ atau daftar masuk jika

anda sudah mempunyai akaun.

Anda juga boleh mendaftar masuk ke atau mencipta akaun Google™ daripada panduan

persediaan apabila anda memulakan peranti anda buat pertama kali. Sebagai alternatif, anda

boleh pergi ke dalam talian dan mencipta akaun di

www.google.com/accounts

.

Untuk mengalih keluar akaun Google™

1

Dari

Skrin utama anda, ketik .

2

Ketik

Tetapan > Akaun & penyegerakan > Google.

3

Pilih akaun Google™ yang ingin anda alih keluar.

4

Ketik >

Alih keluar akaun.

5

Ketik

Alih keluar akaun sekali lagi untuk mengesahkan.

Jika anda mengalih keluar akaun Google™ anda, sebarang ciri keselamatan yang dipautkan ke

akaun Google™ anda tidak lagi akan tersedia.

10

Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.