Sony Xperia XA1 Dual SIM - Widget

background image

Widget

Widget ialah aplikasi kecil yang anda boleh gunakan secara terus pada skrin Laman

Utama anda. Ia juga berfungsi sebagai pintasan. Contohnya, widget Cuaca

membolehkan anda melihat maklumat cuaca asas secara terus pada skrin Laman Utama

anda. Tetapi apabila anda mengetik widget, aplikasi Cuaca penuh terbuka. Anda boleh

memuat turun widget tambahan daripada Google Play™.

Untuk menambah widget ke Skrin utama

1

Sentuh terus mana-mana kawasan kosong pada

Skrin utama anda sehingga

peranti bergetar, kemudian ketik

Widget.

2

Cari dan ketik widget yang anda ingin tambahkan.

Untuk mensaiz semula widget

1

Sentuh terus widget sehingga peranti bergetar, kemudian lepaskannya. Jika

widget boleh disaiz semula, contohnya, widget Kalendar maka bingkai yang

diserlahkan dan titik saiz semula kelihatan.

2

Seret titik ke dalam atau keluar untuk mengecilkan atau mengembang widget.

3

Untuk mengesahkan saiz baru widget, ketik di mana-mana sahaja pada

Skrin

utama.

Untuk mengalihkan widget

Sentuh terus widget sehingga peranti bergetar, kemudian seretnya ke lokasi

baharu.

Untuk mengalih keluar widget

Sentuh terus widget sehingga peranti bergetar, kemudian seretnya ke

Alih keluar

dari skrin laman utama.