Menyunting teks
Anda boleh memilih, memotong,menyalin dan menampal teks sambil menulis. Anda
boleh mengakses pilihan penyuntingan dengan mengetik dua kali teks yang dimasukkan.
Pilihan penyuntingan kemudian akan tersedia melalui bar aplikasi.
Bar pengeditan teks
Selepas memilih teks dengan mengetik dua kali pada perkataan, bar pengeditan muncul
dengan beberapa alat tersedia:
•
Potong
•
Salin
•
Tampal
•
Kongsi
•
Pilih semua
•
Bantu
Pilihan
Tampal hanya muncul apabila anda mempunyai teks yang disimpan pada papan klip.
Untuk memilih teks
1
Ketik dua kali perkataan untuk menyerlahkannya.
2
Anda boleh menyeret tab pada kedua-dua sisi perkataan yang diserlahkan untuk
memilih lebih banyak teks.
Untuk menyunting teks
1
Ketik dua kali perkataan untuk membuatkan bar aplikasi kelihatan.
2
Pilih teks yang anda ingin sunting, kemudian, gunakan bar aplikasi untuk
membuat perubahan yang anda inginkan.
Untuk menggunakan pembesar
•
Apabila anda memasukkan teks, ketik dan tahan medan teks untuk melihat dan
untuk letakkan kursor dimana anda ingini dalam medan teks.
69
Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.