Menerima panggilan
Jika anda menerima panggilan masuk semasa peranti dalam mod tidur atau skrin
dikunci, aplikasi telefon dibuka dalam format skrin penuh, dengan ikon SIM menunjukkan
kad SIM untuk panggilan tersebut. Jika anda menerima panggilan masuk apabila skrin
sedang aktif, panggilan masuk akan dipaparkan sebagai pemberitahuan terapung, iaitu,
dalam tetingkap yang diminimumkan yang terapung di bahagian atas apa sahaja skrin
yang terbuka, dengan SIM1 atau SIM2 menunjukkan kad SIM untuk panggilan tersebut.
Apabila pemberitahuan tersebut tiba, anda boleh memilih untuk menjawab panggilan dan
membuka skrin aplikasi telefon atau anda boleh menolak panggilan dan terus berada
pada skrin semasa.
Untuk menjawab panggilan apabila skrin tidak aktif
•
Apabila panggilan masuk, seret ke kanan.
Untuk menjawab panggilan masuk semasa skrin aktif
•
Apabila panggilan masuk, dalam pemberitahuan awal yang muncul di sebelah
atas skrin, ketik
JAWAB.
Selain menjawab panggilan, anda boleh pergi ke skrin aplikasi telefon utama dengan mengetik
tetingkap pemberitahuan awal. Menggunakan kaedah ini, anda mendapat lebih pilihan untuk
mengurus panggilan. Contohnya, anda boleh memutuskan untuk menolak panggilan dengan
mesej.
Untuk menolak panggilan apabila skrin tidak aktif
•
Apabila panggilan masuk, seret ke kiri.
71
Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.
Untuk menolak panggilan apabila skrin aktif
•
Apabila panggilan masuk, dalam pemberitahuan awal yang muncul di sebelah
atas skrin, ketik
TOLAK.
Selain menolak panggilan, anda boleh pergi ke skrin aplikasi telefon utama dengan mengetik
tetingkap pemberitahuan awal. Dengan cara ini, anda mendapat lebih pilihan untuk mengurus
panggilan. Contohnya, anda boleh memutuskan untuk menolak panggilan dengan mesej.
Untuk membisukan nada dering panggilan masuk
•
Apabila anda menerima panggilan, tekan kekunci kelantangan.
Menolak panggilan dengan mesej teks
Anda boleh menolak panggilan dengan mesej teks, dihantar secara automatik kepada
pemanggil dan disimpan dalam perbualan Pemesejan dengan kenalan itu.
Anda boleh memilih daripada beberapa mesej dipratakrif yang tersedia di peranti anda
atau anda boleh membuat mesej yang baru. Anda boleh membuat mesej peribadi sendiri
dengan menyunting mesej yang dipratakrif juga.
Untuk menolak panggilan dengan mesej teks apabila skrin tidak aktif
1
Apabila panggilan masuk tiba, ketik
PILIHAN JAWAPAN.
2
Pilih mesej yang dipratakrif atau ketik
Tulis mesej baru.
Untuk menolak panggilan dengan mesej teks apabila skrin aktif
1
Apabila panggilan masuk tiba, ketik tetingkap pemberitahuan awal di mana
nombor telefon atau nama kenalan dipaparkan.
2
Ketik
PILIHAN JAWAPAN.
3
Pilih mesej yang dipratakrif atau ketik
Tulis mesej baru.
Untuk menolak panggilan kedua dengan mesej teks
1
Apabila anda mendengar bunyi bip berulang kali semasa panggilan, ketik
PILIHAN JAWAPAN.
2
Pilih mesej yang dipratakrif atau ketik
Tulis mesej baru.
Untuk menyunting mesej teks yang digunakan bagi menolak panggilan
1
Dari
Skrin utama anda, ketik .
2
Cari dan ketik
Tetapan > Panggilan, pilih kad SIM dan kemudian, ketik Tolak
panggilan dengan mesej.
3
Ketik mesej yang anda mahu sunting, kemudian lakukan perubahan yang perlu.
4
Ketik
OK.