Aplikasi Video
Gunakan aplikasi Video untuk memainkan filem dan kandungan video lain yang telah
anda simpan atau muat turun ke peranti anda. Aplikasi juga bertindak sebagai panduan
program TV dengan pilihan untuk menunjukkan maklumat program terperinci dan
kandungan berkaitan, termasuk kiriman media sosial mengenai program yang anda
minat. Anda boleh menggunakan aplikasi sebagai alat kawalan jauh yang berfungsi
sepenuhnya dengan peranti rumah anda yang serasi. Anda dapat memainkan filem anda
pada peranti lain yang disambungkan pada rangkaian yang sama atau disimpan dalam
awan juga.
Sesetengah fail video mungkin tidak dapat dimainkan dalam aplikasi Video. Ketersediaan
panduan program TV dan alat kawalan jauh berbeza mengikut pasaran dan peranti yang
bersambung.
1
Ketik untuk membuka menu skrin laman utama Video
2
Lihat panduan rancangan
3
Muat semula kandungan
4
Alat Kawalan jauh
5
Cari kandungan
6
Tukar antara melihat kandungan pustaka anda, Program popular, Program siaran langsung, Filem, Siri
TV dan Program yang disyorkan.
7
Seret tepi sebelah kiri skrin ke kanan untuk membuka menu, menyemak imbas kandungan dan melaras
tetapan
8
Ketik program untuk mendapatkan maklumat terperinci dan kandungan berkaitan
Untuk menggunakan peranti anda sebagai alat kawalan jauh
Untuk menggunakan peranti anda sebagai alat kawalan jauh dengan peranti rangkaian
rumah anda yang serasi, anda perlu menjadikan dua peranti berpasangan dahulu. Untuk
melakukan ini, kedua-dua peranti perlu disambungkan ke rangkaian yang sama. Untuk
maklumat lanjut mengenai peranti serasi, lawat
Senarai peranti yang serasi
.
1
Dari
Skrin utama anda, ketik , kemudian cari dan ketik Video.
2
Ketik untuk membuka menu skrin laman utama, kemudian ketik
Tambah
peranti.
3
Pilih peranti rumah daripada senarai.
4
Masukkan nombor pendaftaran yang ditunjukkan pada peranti rumah dan ikut
arahan untuk menyelesaikan berpasangan.
5
Selepas berjaya berpasangan, ikon untuk fungsi alat kawalan jauh muncul. Anda
kini boleh menggunakan peranti anda sebagai alat kawalan jauh kefungsian
sepenuhnya untuk peranti rumah.
113
Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.
Untuk menukar tetapan
1
Dari
Skrin utama anda, ketik , kemudian cari dan ketik Video.
2
Ketik untuk membuka menu skrin laman utama, kemudian ketik
Tetapan.
3
Tukar tetapan seperti yang dikehendaki.
Untuk memainkan video
1
Dari
Skrin utama anda, ketik , kemudian cari dan ketik Video.
2
Cari dan ketik video yang hendak dimainkan. Jika video tidak dipaparkan pada
skrin, ketik untuk membuka menu skrin laman utama, kemudian cari dan ketik
video yang ingin anda mainkan.
3
Untuk memaparkan atau menyembunyikan kawalan, ketik skrin.
4
Untuk menjedakan main, ketik . Untuk menyambung semula main, ketik .
5
Untuk memutar balik, seret penanda bar kemajuan ke kiri. Untuk memaju pantas,
seret penanda bar kemajuan ke kanan.
Untuk menukar tetapan bunyi semasa video dimainkan
1
Semasa video sedang dimainkan, ketik skrin untuk memaparkan kawalan.
2
Ketik >
Tetapan audio, kemudian tukar tetapan seperti yang diingini.
Untuk berkongsi video
1
Apabila video sedang dimainkan, ketik skrin untuk memaparkan kawalan.
2
Ketik , kemudian ketik
Kongsi.
3
Ketik aplikasi yang anda mahu gunakan untuk berkongsi video yang dipilih
kemudian ikut arahan yang disediakan.